Islamic Widget

Saturday, July 30, 2011

Khutbah Terakhir Rasulullah SAW


dah lme da x update blog...hahah...jadi sempena bln ramadhan yg bkl mnjelang tibe...insyaAllah sye nak kongsi ngan anda smue khutbah yg d smpaikan oleh Rasulullah S.A.W. sbelum baginda wafat...sme2 lah kite mnghayati isi2nya...

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.
(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

slamat beramal...

Friday, March 11, 2011

tips mudah bangun tahajjud


1-semasa nak tidur,tepuk bantal 3 kali [5 6 pun boleh-bg empuk] 2-baca surah Qulhuallah 3 kali [banyak2 pun takper] 3-tepuk sekali lagi bntal dan cakap sorang2 4-"weh,kejut aku pukul 4 jap gi,nak sembahyang" 5- yakin dengan jin dan malaikat penjaga anda 6-bila anda rasa seperti ada orang kejutkan/nama dipanggil,maka 7-bangunlah dan ambil air sembhyang.. perkara ini awak kena yakin. kalau tidak yakin-beriman kpada perkara ghaib awak lemah- p/s:kunci jam ka,baling bom ka,suruh jin kejut ka kalau lagi dikejut lagi tarik selimut memang payah la..atas diri sendiri juga sebenarnya. kalau anda sendiri yg rajin memang cukup dengan kunci jam ajer. tips lagi.. 1-jangn tidur atas tilam empuk 2-baring atas lantai 3-masa tengah malam kalau terjaga tu,jangan cari katil! 4-pergi ambil air sembhyg nabi Muhammad sndiri tidur atas alas yg nipis ajer.sunnah tu.. sesuatu amalan yg berterusan sebnyak 40 kali akan menjadi sebati dengan diri kita. kalau dah buat 38,kemudian miss yg 39,maka start dari 1 balik smpai la berterusan 40 kali.


slamat beramal.....

Saturday, February 26, 2011

kisah sepotong tulang


Flower HD Wallpapers 5Amru bin Ash adalah seorang gubernur Mesir di masa Khalifah Umar bin Khattab. Kini sebagai Gubernur dia punya istana yang sangat indah dan mewah. Didepan istananya tersebut terdapat sebuah gubuk reyot milik seorang yahudi tua.
Sang gubernur membayangkan “Andaikata didepan istanaku ini ada sebuah Masjid yang megah”
Akhirnya Sang Gubernurpun memanggil si Yahudi tua pemilik gubuk didepan istananya, dan meminta agar gubuk beserta tanahnya itu dijual. Namun si Yahudi berkeras untuk tidak menjual gubuk reyotnya, meskipus sudah ditawar puluhan kali dari harga pasaran.
“jika memang itu keputusanmu, saya harap kamu tidak menyesal” sang gubernurberusaha mengancam
Sepeninggal si Yahudi, sang gubernurpun memerintahkan pada bawahannya agar segera membongkar gubuk tsb, dan membangunnya menjadi sebuah masjid. Si yahudi hanya bisa menangis, meratapi nasibnya. Dalam hatinya ia ingin menghadap Khalifah Umar di Madinah, untuk mengadukan nasibnya tersebut.
Singkat kata Yahudi tuapun pergi ke madinah menemui Khaliah Umar bin Khattab. Ia menceritakan nasibnya, bagaimana gubuk reyotnya telah dirampas oleh sang gubernur. Ia pun menceritakan bagaimana perjuangannya mendapatkan gubug nya tersebut.
Khalifah Umar bin Khattab merah padam mukanya mendengar cerita si yahudi tua.
Akhirnya khalifah meminta si Yahudi mengambil sepotong tulang. Tulang itu kemudian digoresnya dengan pedang beliau.Si Yahudi kebingungan.
“Berikan tulang ini kepada Gubernurku, Saudara Amr bin Ash!” Perintah khalifah.Yahudi masih diliputi kebingungan dengan apa yang diperintahkan oleh khalifah. dia berpikir jangan-jangan Khalifah hanya mempermainkannya. Apalah arti sepotong tulang.
Kemudian sampailah Yahudi di Mesir dan diberikannya tulang yang tergores tersebut pada Gubernur Amr bin Ash.
Seketika wajah sang gubernur pucat pasi, dengan gemetar beliau memerintahkan untuk membongkar masjid megah yang sudah hampir selesai dibangun.
“Bongkar masjid itu ” Teriak sang Gubernur.
“Tunggu” sahut si yahudi tua.
“Maaf Tuan Gubernur, sunggung ini hal yang sangat membngungkan bagi saya. Tolong dijelaskan dari tulang apakah itu? apa keistimewaannya sehingga ketika menerima tulang ini anda langsung memerintahkan untuk menghancurkan bangunan mahal itu?” Tanya si yahudi
“Wahai kakek, sesungguhnya itu adalah tulang biasa. Baunya pun busuk, Tapi karena berisi perinttah khalifah maka menjadi sangat berarti. Ketahuilah bahwa tulang yang busuk itu peringatan bahwa betapapun tinggi jabatan seseorang, suatu saat nanti dia akan menjadi tulang yang busuk. Sedangkan huruf  alif yang digoreskan khalifah, artinyakita harus adil keatas dan ke bawah. Dan jika saya tidak mampu berbuat adil maka Khalifah tidak segan2 memenggal leher saya.” Jelas sang Gubernur panjang lebar.
” Sungguh agung ajaran agama Tuan, Sungguh saya rela menyerahkan gubug dan tanah saya. Dan bimbinglah saya memahami ajaran Islam.” tutur si yahudi berkaca-kaca.

slamat menambil iktibar...

Balasan meninggalkan solat


Sembahyang lah kamu sebelum kamu disembahyangkan…
 
Adik-adik, rakan-rakan dan pelajar-pelajar yang saya kasihi sekalian. Tahukah anda solat lima waktu sehari semalam merupakan tiang agama. Jika anda meninggalkan walau satu pun solat tersebut maka runtuh lah tiang agama kita. Bila runtuh tiang agama maka hidup kita akan menjadi terumbang-ambing dan sia-sia sahaja. Jadi kita sebagai seorang muslim sejati hendaklah memelihara solat lima waktu kerana solat inilah yang memelihara kita dari melakukan perkara-perkara lain yang boleh merosakkan akidah seseorang.

Adik-adik, rakan-rakan dan pelajar-pelajar yang saya kasihi, tahukan anda bahawa jika kita meninggalkan solat lima waktu ini, Allah akan memberi 6 balasan/siksaan semasa kita masih hidup di dunia, 3 siksaan semasa sedang nazak dan 3 lagi seksaan semasa di dalam kubur.

6 balasan semasa hayat di dunia :- Hilang berkat umur seseorang. Tiada tanda umat yang soleh pada air muka seseorang. Muka nampak hitam dan tidak berseri Tiada mendapat pahala atas amalan lain yang dibuat. Doa tidak diangkat/ dikabulkan oleh Allah. Tiada termasuk dalam bahagian doa orang-orang yang soleh. Keluar roh tanpa Islam.

3 siksaan semasa sedang nazak :- mati dalam keadaan yang hina dan aib. mati dalam keadaan teramat lapar. Mati dalam keadaan yang teramat dahaga

3 siksaan semasa dalam kubur :- disempitkan kuburnya dinyalakan api didalam kuburnya dihantar sejenis ular yang akan mematuk, menggigit dan membelitnya sehinggalah hari kiamat.

Begitulah adik-adik yang saya kasihi, amat menakutkan sekali jika kita tahu betapa dahsyatnya balasan dan siksaan terhadap orang yang tidak menunaikan solat lima waktu. Jadi sama-samalah kita mulai dari ini dan saat ini agar sentiasa ingat-mengingati antara satu sama lain agar sama-sama menjaga ibadah ini semoga hidup kita akan diberkati oleh Allah dunia dan akhirat. InsyaAllah.


slamat beramal~

Friday, February 25, 2011

Perkara yang perlu dilakukan supaya Solat menjadi kusyuk



1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.

3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu upaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.

4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.

5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.

6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.

7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.

8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.

9.Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.

10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.

11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.

12. Mengambil wuduk dengan sempurna.

13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.

14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.

15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Semoga kita bertambah khusyuk Dalam Solat

You might also like:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...